ALOR SETAR 28 Jun - DAP Kedah menyasarkan untuk bertanding di lapan
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14) berbanding dua kerusi dalam PRU-13 lalu.
Pengerusi Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari berkata, walaupun
berjaya memenangi kedua-dua kerusi yang ditandingi calon parti berkenaan
dalam PRU-13 lalu, namun pihaknya berharap bilangan kerusi yang
ditandingi itu dapat ditingkatkan.
Hal ini kerana, katanya, DAP sudah menjadi parti kedua terbesar di
negara ini di belakang UMNO dari segi jumlah wakil rakyat iaitu seramai
145 orang.
Pada masa sama, DAP mempunyai sejarah panjang di Kedah. Malahan
bandar Alor Setar merupakan kerusi yang pernah ditandingi Pengerusi DAP,
Karpal Singh.
Oleh itu, kita harap tambahan enam kerusi bagi meneruskan legasi di
Kedah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa
Interim DAP Kedah, di sini hari ini.
Sebelum ini, DAP Pusat dilaporkan menghantar satu surat menerusi
e-mel kepada bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik mengumumkan bahawa
pengurusan DAP Kedah dan jawatannya akan digantikan oleh Zairil Khir
untuk sementara waktu berkuat kuasa 10 Mei lalu.
Zairil Khir yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera bagaimanapun belum
mahu mendedahkan kerusi yang ingin ditandingi DAP di negeri itu dengan
alasan, ia adalah antara strategi mereka dalam PRU-14 kelak.
没有评论:
发表评论